Thursday, November 29, 2007

Gua, Hang dan Hangpa Semua Kena Bayar Tol..



tol naik lagi!!!


satu lagi projek kerajaan barisan nasional

Enam lebuh raya itu ialah Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH); Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite); Lebuhraya Kulim-Butterworth (BKE); Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua); Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB); serta Tambak Johor dan Plaza Bukit Kayu Hitam.

Gua tidak setuju tol naik hanya 40% sahaja bermula 1 Januari 2008. patut naik sampai 300%. bukan apa, malulah kan kat negara orang lain. harga tol kita kan adalah salah satu yg terendah dirantau ini. nanti negara lain fikir, jalan raya kat negara kita ni buruk dan tak selesa.




Bak kata Tok Sammy no value"rakyat perlu bayar tol jika mahu selesa dijalan raya"

pelaq btoi.....dah naik tu x pa pi..jawapan bapak dinosaur batu caves tu yg buat org panas...."naik satu ratus pun tarak guna punya...tarak org guna itu hiway"----merujuk pd hiway2 pendek mcm seremban - pd

kita ikuti pendapat pengguna jalan raya setelah harga tol dinaikkan


lily maizura, 28 thn, kerani

" setelah melalui jalan raya yg baru sahaja dinaik kan tol ini, saya berasa sedikit miskin. tapi takpe, bersyukurlah. harge tol kite masih lagi ditahap yg rendah. perjalanan tadi amat selesa, jalan yang jammed tiap2 hari benar2 mengurangkan stress yg dialami ketika mahu pulang dan juga ketika mahu pergi ke kerja, terima kasih pak lah kerana prihatin kpd rakyat jelata"


leong mun see, 48 thn, pemandu teksi

"saya belasa amat berbesat hati dan gembile kelana kelajaan telah menaikkan harga tol. walaupon tidak didedahkan kepada rakyat ttg peljanjian konsesi, keuntungan konsesi dan lapolan tahunan. kelajaan juga maseh itu aa... gagal mengkasi itu bukti untuk menunjukkan itu...meleka i mean itu kelajaan telus, tlanspelen dan juga betul2 beljuang untuk memastikan talaf hidup lakyat dan keselesaan teljamin. tapi saya amat konfiden aa.. talak ada lagu-lagu (ragu-ragu) sebab aa.. itu paklah aa.. manyak kuat semayang punya olang. dia itu pencetus Islam hadhari. itu pasal aa.. saya manyak pecaya sama lia wo."

gua bercita2 dan memasang hajat agar harga minyak dinaikkan lagi kerana kenaikan 30 sen itu masih lagi yang terendah di rantau ini. camna nak 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi" dgn negara2 lain sperti thailand dan singapore. tak leh jadi ni. ketinggalan kita dibuatnye.malu lah. alaa hari tu pon naik 30 sen je.ape yg nak kecoh2? ni duit laa. bukan boleh bawak mati. harga barang pun dah mahal, walaupon kerajaan dah janji dapat kawal kenaikan harga. pandai2 laa berjimat.


bak kata najib. "ubah laa care hidup tu". kalau dulu makan tambah nasik due kali, lepas ni takyah tambah. kalau dulu bagi duit kat anak rm1 sehari. sekarang bagi laa 70 sen je. kalau dulu baju kurung nak raye 2 helai. skrg, pakai laa baju tahun lepas. kalau dulu bawak femili pegi makan sedap kat luar sebulan sekali.lepas ni setahun sekali cukupla.. ubah laa care hidup tu. susah ke?


cara hidup inilah yang dimaksudkan

No comments: